Pasukan bola sepak Malaysia layak ke Olimpik - Utusan Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia layak ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Oktober 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pemangku Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail memberi ucapan tahniah atas kejayaan pasukan bola sepak negara yang berjaya layak ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada Ogos tahun depan.

Malaysia berjaya mengalahkan empat buah negara dalam perlawanan yang berlangsung di Seoul bagi kawasan Asia Timur. Dalam perlawanan akhir kelmarin, Malaysia mengalahkan Filipina 5-0. Sebelum itu Malaysia berjaya mengalahkan Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Oktober 1971 – Kerajaan Pahang telah meluluskan pinjaman RM3 juta untuk memajukan bandar pusat di Rancangan Jengka.
  • 4 Oktober 1972 – Amerika Syarikat akan mengambil 1,000 orang Asia dari Uganda yang terdiri daripada pelarian untuk menetap di negara tersebut.
  • 4 Oktober 1974 – Raja bola sepak dunia, Pele bakal melepaskan ‘takhtanya’ sebagai pemain agung antarabangsa tidak lama lagi dan bakal menceburkan diri sebagai seorang ahli perniagaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya