'Wali Allah' sebar ajaran sesat ditangkap - Utusan Malaysia

‘Wali Allah’ sebar ajaran sesat ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 September 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru berjaya menumpaskan satu ajaran sesat baharu dengan memberkas seorang lelaki berumur 66 tahun yang mengaku ‘Wali Allah‘ di sebuah rumah di Taman Istimewa baru-baru ini.

Lelaki yang berjaya diberkas itu mendakwa dirinya Wali Allah, serta mengamalkan ajaran ‘Tarikat Kabulani‘ yang lebih menekankan asal kejadian manusia dan bukannya kewujudan Tuhan sebenar.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 September 1982 – Malaysia akan meminta kerjasama dengan negara-negara Islam lain bagi memastikan daging-daging lembu yang dibawa masuk dari Australia adalah ‘halal‘.
  • 29 September 1983 – Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengadakan cabutan bayaran-bayaran bonus dan hadiah galakan khas pada tiap- tiap bulan mulai tahun 1984.
  • 29 September 1985Muzium Negara akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi membantu mengenal pasti asal-usul khazanah yang ditemui di Kampung Limbungan, Besut, Terengganu baru-baru ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya