Misbun pemain nombor dua dunia - Utusan Malaysia

Misbun pemain nombor dua dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Misbun Sidek walaupun tewas dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Dunia Alba Kedua di tangan jaguh berpengalaman dari Indonesia, Liem Swie King dengan 15-12, 3-15 dan 15-12, namun tetap menunjukkan mutu permainan yang cemerlang.

Beliau menggemparkan ribuan penonton di Stadium Negara dalam perlawanan set kedua dengan mendahului lawan 9-1 hingga memaksa perlawanan menjadi tiga set. Datuk Misbun menang set kedua dengan 15-3.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 September 1982 – Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji untuk membina rumah-rumah murah tiga bilik bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penghuninya.
  • 20 September 1983 – Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Harun Idris memberitahu, seramai 15,000 pasangan suami isteri di Terengganu dan Kelantan dikatakan telah bercerai akibat perbezaan fahaman politik.
  • 20 September 1985 – Sebanyak 19 ketulan emas berukuran 2cm panjang ditemui dalam operasi carigali tempayan purba di Kampung Limbungan, Besut, Terengganu oleh pasukan dari Muzium Negara dan negeri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya