Malaysia pinjam RM513 juta untuk projek penapisan air - Utusan Malaysia

Malaysia pinjam RM513 juta untuk projek penapisan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Ogos 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah 135 juta Pound Sterling (RM513 juta) untuk projek penapisan air yang akan dibina dibeberapa buah negeri di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lima pinjaman yang tidak dikenakan cukai itu ditandatangani di London oleh Pesuruhjaya Malaysia ke United Kingdom, Datuk Jamaluddin Abu Bakar yang diusahakan oleh Bank of America.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 Ogos 1982 – Skuad bola sepak ‘Harimau Malaysia‘ akan dihantar berlatih di Kem Ipswich, England dan dilatih oleh jurulatih-jurulatih di negara itu selama sebulan.
  • 30 Ogos 1983 – Kerajaan akan menjalankan kajian ke arah menswastakan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Adib Adam.
  • 30 Ogos 1984Kementerian Penerangan bercadang membina empat buah lagi stesen pemancar radio FM, dua di kawasan Utara dan dua di Selatan bagi membolehkan rakyat di seluruh Semenanjung Malaysia mendapat siaran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya