'Bunga Saga', kapal pertama milik MISC - Utusan Malaysia

‘Bunga Saga’, kapal pertama milik MISC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan ‘Bunga Saga‘, merupakan Kapal Persisir Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) yang pertama dibeli dari Negara China yang berharga RM5.5 juta telah selamat tiba di Pelabuhan Klang malam tadi.

Kapal tersebut yang membawa muatan penuh gula mentah telah singgah di Bangkok dalam perjalanannya dari Shanghai. Timbalan Menteri Kewangan, Richard Ho berkata, pembelian kapal itu mencerminkan hubungan perdagangan yang makin bertambah antara China dan Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Ogos 1975 – Kementerian Dalam Negeri hari ini telah mengharamkan kemasukan buku ‘The Last Two Million Years‘ yang mengandungi beberapa lukisan yang dikatakan wajah Nabi Muhammad S.A.W.
  • 29 Ogos 1977 – Syarikat Perusahaan Makanan Malaysia (FIMA) telah memperolehi kira-kira 3,000 ekar tanah di Daerah Sik, Kedah untuk dimajukan sebagai ladang buah-buahan.
  • 29 Ogos 1979 – Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Nahar Shahabuddin mengumumkan sebuah kilang simen berharga RM200 juta akan dibina di Pulau Langkawi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya