Pernas berjaya kuasai Haw Par - Utusan Malaysia

Pernas berjaya kuasai Haw Par

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Mei 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pernas Securities Sdn. Bhd., sebuah syarikat tunjang hak milik penuh Pernas akan membeli RM70.4 juta dari saham baru Haw Par Brothers International iaitu sebanyak 39.7 peratus daripada modal tambahan firma tersebut.

Ini menjadikan Pernas pemegang saham terbesar dalam Haw Par yang merupakan sebuah syarikat terbesar di Asia Tenggara dengan pelaburan dalam berbagai bidang termasuk perusahaan hartanah, insurans, perlombongan dan perladangan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Mei 1974Madrasah Al-Falah Aldiniah, Parit Tok Ngah, Parit Buntar bakal diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak sebagai sekolah menengah agama yang diperakui di negeri ini.
  • 30 Mei 1975 – Sebanyak 18,200 tempat duduk di Stadium Merdeka akan dikenakan bayaran bernilai RM30, RM40 dan RM50 untuk setiap penonton bagi menyaksikan pertarungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner 1 Julai ini.
  • 30 Mei 1978Rosmaini Mohd. Shah akan ditugaskan sebagai penyerang utama dalam barisan bola sepak kebangsaan dalam pertandingan antarabangsa menentang England (B) di Stadium Merdeka malam esok.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya