Pembukaan rasmi jambatan Sungai Golok - Utusan Malaysia

Pembukaan rasmi jambatan Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Mei 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Thailand, Tun Thanom Kittikachorn akan bersama-sama merasmikan pembukaan jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang pada 21 Mei ini.

Jambatan yang berharga RM630,000 itu dibiayai secara bersama oleh kedua-dua negara. Upacara perasmian itu akan dijalankan serentak, Tun Abdul Razak di sebelah Malaysia manakala Tun Thanom di sebelah Thailand.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 16 Mei 1974 – Kementerian Pertahanan sedang menimbang kemungkinan membina kilang-kilang senjata api bagi mengurangkan perbelanjaan membeli senjata api yang bernilai jutaan ringgit dari luar negara.
  • 16 Mei 1975 – Sekolah Menengah Inggeris Dungun telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar awal Mei lalu.
  • 16 Mei 1977 – Lebih 300 unit RELA telah ditubuhkan di perkampungan Orang Asli di Perak bagi membantu mengawal keselamatan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya