Burukkan kerajaan, 365 peneroka FELDA digugurkan dari tanah rancangan - Utusan Malaysia

Burukkan kerajaan, 365 peneroka FELDA digugurkan dari tanah rancangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 April 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 365 peserta di rancangan-rancangan FELDA di seluruh negara telah dikeluarkan daripada rancangan tersebut kerana bertindak menentang dan memburukkan kerajaan.

Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Tan Sri Rais Yatim berkata, seramai lima orang daripada jumlah berkenaan adalah terdiri daripada pemecah masyarakat yang menentang kerajaan ketika pilihan raya lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 April 1978 – Pasukan keselamatan amat memerlukan kerjasama penuh dari penduduk-penduduk sekitar kawasan Bentong, Karak dan Telemong untuk memberkas pengganas komunis ketika Operasi Kilong 4 sedang berjalan.
  • 29 April 1979 – Noor Kumalasari bakal mencuba watak baru dalam filem komedi berjudul ‘Tuan Besar‘ arahan Datuk Jamil Sulong dan beliau akan bergandingan dengan pelawak box office, A.R. Badul.
  • 29 April 1982 – Tan Sri Azman Hashim berjaya dalam usahanya untuk menguasai sebanyak 55 peratus kepentingan dalam Arab-Malaysian Development Bank, iaitu bank saudagar terbesar di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya