Harga ayam turun sehingga 40 peratus - Utusan Malaysia

Harga ayam turun sehingga 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Mac 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan harga ayam dilaporkan turun 20 hingga 40 peratus sepanjang hampir sebulan lalu. Dahulunya harga ayam daging antara RM1.80 hingga RM2.00 sekati, tetapi pada hari ini turun menjadi RM1.20 hingga RM1.40 sekati.

Kejatuhan harga ayam daging ini disebabkan kurangnya bilangan pembeli, terutamanya selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Terdapat penternak yang mengeluh atas kejatuhan harga tersebut, di samping tiada tempat untuk dipasarkan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 17 Mac 1973Seniwati Latifah Omar kembali bernaung di bawah Studio Filem Cathay setelah meninggalkan syarikat filem tersebut lapan tahun lalu dan bakal berlakon dalam filem arahan M. Amin, ‘Hati Batu’.
  • 17 Mac 1975 – Kerajaan didesak mengambil langkah wajar bagi menyekat pengedaran duit syiling Singapura yang masih beredar di Malaysia ketika ini.
  • 17 Mac 1977Persatuan Orang-Orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan sedia mengadakan kelas mengajar cara-cara untuk bercakap dengan orang pekak dalam Bahasa Malaysia sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya