Peraturan pakaian untuk kakitangan kerajaan wanita - Utusan Malaysia

Peraturan pakaian untuk kakitangan kerajaan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Februari 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan semua wanita yang berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan telah diberikan panduan untuk memakai pakaian yang dianggap sopan dan sesuai sewaktu bekerja.

Pakaian yang dianggap sesuai dan dapat dijadikan panduan ialah baju kurung, baju Kedah, baju kebaya pendek dan baju kebaya labuh. Satu surat pekeliling mengenai arahan itu telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Abdullah Ayub serta diedarkan sejak awal tahun ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Februari 1969Kerajaan Jerman Barat telah menawarkan biasiswa kepada jurutera dan pegawai-pegawai ekonomi Malaysia yang berpengalaman untuk mengikuti kursus lanjutan dibidang pengurusan dan kejuruteraan.
  • 26 Februari 1971 – Pendapatan kumpulan pop ‘The Beatles’ naik berkali ganda setelah pengurus baru dari Amerika, Allen Klein mengambil alih dan menyelamatkan mereka daripada bankrap.
  • 26 Februari 1972 – Hari yang bersejarah bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Batu, Kuala Lumpur kerana dilawati oleh Queen Elizabeth dan puterinya, Princess Anne.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya