Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah - Utusan Malaysia

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Januari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud menjelaskan hari ini bahawa, penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) lebih dikenali sebagai 3M tidak akan menjejaskan sistem persekolahan rendah dalam tiga aliran bahasa pengantar yang ada sekarang.

Beliau menegaskan, pelaksanaan 3M akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan manakala sistem persekolahan rendah dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang terdapat pada hari ini akan diteruskan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Januari 1977Kilang pengadunan Castrol berharga RM3 juta bagi membuat bahan pelinciran sedang pesat dibina di tapak seluas 15 ekar di Port Dickson dan merupakan yang termoden di negara ini.
  • 8 Januari 1978Perintah berkurung 24 jam di Sungai Ruan, Raub diperluaskan di enam kawasan lagi bagi memudahkan pasukan keselamatan memburu anasir-anasir jahat yang menjadi dalang pembunuhan dua orang anggota Pasukan Polis Hutan kelmarin.
  • 8 Januari 1979Malaysia sedang berunding dengan beberapa buah negara ASEAN bagi mengatasi merebaknya wabak ternakan penyakit kuku dan mulut di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya