Laluan Kampung Relong menghala ke LTU sesak 10 kilometer - Utusan Malaysia

Laluan Kampung Relong menghala ke LTU sesak 10 kilometer

KEADAAN trafik dari Kampung Relong menghala ke Kampung Kechau Tui mengalami kesesakan jalan raya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Laluan dari Kampung Relong ke Kampung Kechau Tui di sini mengalami kesesakan jalan raya sejauh kira-kira 10 kilometer ekoran peningkatan jumlah kenderaan menghala ke Gua Musang, Kelantan.

Tinjauan mendapati kenderaan bergerak perlahan apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Bagaimanapun aliran trafik kembali lancar di persimpangan masuk ke Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Kechau Tui menghala ke Merapoh.

Seorang penduduk Kampung Relong, Nor Syazwani Shamsuddin, 34, berkataS, trafik di laluan berkenaan mulai sibuk bermula malam tadi dan berlarutan hingga petang ini.

Menurutnya, terdapat juga beberapa buah kenderaan bertindak berhenti di bawah pokok untuk berehat kerana laluan berkenaan tidak bergerak hampir 30 minit.

“Kebetulan tadi saya ada menghantar pesanan kuih ke Bandar Lipis dan melihat kesesakan jalan raya yang teruk.

“Jadi saya membuat keputusan mengikut laluan Felda Kechau-Kampung Melaka. Saya tidak sanggup menghabiskan masa hampir sejam menghadapi kesesakan jalan raya berbanding waktu biasa yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN