Tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual terbakar - Utusan Malaysia

Tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual terbakar

ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn. Bhd (Kualiti Alam), Ladang Tanah Merah Bukit Pelanduk, Port Dickson petang tadi-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tempat logistik (Side A) simpanan sisa bahan kimia di Cenviro Sdn. Bhd. (Kualiti Alam), Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba, Rohaya Alias berkata, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihak bomba kini masih menjalankan kerja memadam kebakaran secara offensive di kawasan kejadian yang melibatkan keluasan 100×100 kaki persegi itu.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6 petang tadi dan telah menggerakkan pasukan bomba dari Balai Bomba Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau ke lokasi kejadian melibatkan yang melibatkan keseluruhan 66 orang anggota. 

“Sebaik tiba pada pukul 6.16 petang, kami mendapati api marak melibatkan kawasan logistik tersebut yang berkeluasan 100×100 kaki persegi. Bagaimanapun, api dapat dikawal pada pukul 8.18 malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, maklumat terkini lain mengenai kejadian itu akan dikongsikan dan punca kebakaran setakat ini masih dalam siasatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN