Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya di mahkamah - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Januari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahasa Malaysia telah digunakan sepenuhnya di sebahagian besar mahkamah-mahkamah di bandar-bandar kecil, menurut Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi, E.E. Sim.

Perbicaraan di mahkamah-mahkamah di bandar kecil dapat dijalankan dalam bahasa Malaysia kerana saksi-saksi boleh memberikan keterangan dalam bahasa tersebut dengan fasih. Bagaimanapun, di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur, bahasa Malaysia masih kurang digunakan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Januari 1975UMNO Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Januari ini, kata ketuanya Tan Sri Aishah Ghani.
  • 15 Januari 1976 – Sejumlah 109 orang telah ditahan untuk penyiasatan lanjut dalam gerakan pembersihan yang diberi nama “Operasi Nisbah Empat” di Kampung Baru Penjun, Kuala Lipis
  • 15 Januari 1977 – ‘Langkah Si Tempang‘ merupakan drama karya Ahmad Zaini Hassan yang menjadikan perkara rasuah dalam masyarakat sebagai subjek utama akan disiarkan tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.