Bina pagar di sempadan beri hasil yang baik pada negara - Utusan Malaysia

Bina pagar di sempadan beri hasil yang baik pada negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Disember 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan hari ini bahawa langkah membina pagar sepanjang 27 batu di sempadan Malaysia/Thailand merentasi dua buah negeri di Semenanjung Malaysia telah memberi hasil pendapatan yang memuaskan.

Beliau berkata, sejak tahun 1976 sehingga November tahun ini, kutipan cukai yang diperoleh melebihi RM16 juta, manakala kos pembinaannya menelan belanja kurang dari RM9 juta dan ini memberi faedah besar kepada negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 Disember 1977 – Malaysia telah mengadakan rundingan dua hala dengan beberapa buah negara Eropah Barat untuk meminta mereka menerima sebahagian daripada 4,000 orang pelarian Vietnam yang menetap sementara di negara ini.
  • 3 Disember 1979 – Lebih 157,000 orang calon telah mengambil ujian memandu tiga peringkat di Semenanjung Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga September lalu, tetapi lebih 104,000 daripadanya kandas.
  • 3 Disember 1982 – Ahmad Zaki Zakaria, seorang kakitangan Lembaga Letrik Negara muncul sebagai pelajar terbaik perakaunan seluruh dunia dalam peperiksaan akhir Persatuan Akauntan-Akauntan Bertauliah (ACCA).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya