Penggunaan serbuk logam untuk hasilkan komponen kereta - Utusan Malaysia

Penggunaan serbuk logam untuk hasilkan komponen kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Oktober 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu satu bentuk teknologi baru yang menggunakan serbuk logam bagi pembuatan komponen kereta diperkenalkan di negara ini.

Menurut beliau, teknologi baru itu seperti “fibreglass” dan merupakan serbuk logam yang dikenakan tekanan tinggi. Teknologi itu juga terlalu baru dan dipercayai masih belum ada negara-negara lain yang menggunakannya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Oktober 1979Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Suffian Hashim telah dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Majistret-Majistret Komanwel dalam persidangan kelimanya di Oxford yang berlangsung pada 23 hingga 29 September lalu.
  • 17 Oktober 1983 – Kerajaan sedang mengubal dua undang-undang baru bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri melanjutkan tempoh penahanan selama dua tahun ke atas pengedar dadah dan merampas harta benda milik mereka.
  • 17 Oktober 1985Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan pelancaran buku “The Malaysia Law Dictionary” dan “Federal Constitution” di kediamannya semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya