Tambak Johor kotor, tidak sesuai sebagai pintu masuk ke Malaysia - Utusan Malaysia

Tambak Johor kotor, tidak sesuai sebagai pintu masuk ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 September 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memberi tempoh sebulan kepada pihak berkuasa supaya membersihkan benteng Tambak Johor.

Beliau berkata,pemandangan yang kotor di situ mencemarkan kawasan itu sebagai pintu masuk ke Malaysia dan menegaskan, membersihkan kotoran tersebut adalah tanggungjawab orang Malaysia dan soal siapa yang bertanggungjawab tidak harus timbul.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 September 1971 – MARA akan membina kilang papan bernilai RM1.2 juta di Sungai Petani tidak lama lagi untuk membantu pembalak- pembalak kecil tempatan untuk memproses hasil kayu mereka.
  • 5 September 1972 – Tiga buah negara pengeluar rempah, India, Indonesia dan Malaysia telah menunjukkan minat untuk mengadakan penyiasatan dan kajian bagi mempertingkatkan lagi mutu pengeluaran rempah dan membina pusat kemajuan.
  • 5 September 1973 – Sebuah kugiran diberi nama ‘Dins Dreames‘ telah ditubuhkan di Kuala Lumpur yang dianggotai oleh tiga adik-beradik ‘Dins Brothers‘ kerana ketiga-tiganya bernama ‘Din‘.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya