Bergaduh: 12 pekerja Korea diarah keluar dari Malaysia - Utusan Malaysia

Bergaduh: 12 pekerja Korea diarah keluar dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 September 1983, Utusan Malaysia melaporkan 12 pekerja Korea Selatan dari Syarikat Hyundai yang sedang melaksanakan projek pembinaan janakuasa elektrik Empangan Kenyir, diarah meninggalkan Malaysia berikutan terlibat dalam pergaduhan di tapak pembinaan tersebut kelmarin.

Pekerja terlibat adalah antara 40 pekerja republik itu yang terlibat dalam pergaduhan memukul seorang pekerja lain.

Keputusan menghantar pulang itu dicapai dalam satu perjumpaan khas oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Alias Ali di pejabat Syarikat Hyundai.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 September 1972 – Kira-kira 1,000 naskhah buku mengenai latar belakang Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Rahah sedang diedarkan di negara-negara Eropah yang dilawati mereka.
  • 27 September 1973 – Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan rang undang-undang berkaitan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
  • 27 September 1974 – Sebuah kilang memproses butang yang pertama di Malaysia sedang dibina di Kuala Terengganu dengan kos RM2 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.