Suri rumah disaran ajar prinsip Rukun Negara kepada anak-anak - Utusan Malaysia

Suri rumah disaran ajar prinsip Rukun Negara kepada anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Raja Permaisuri Agong hari ini menyeru para suri rumah supaya mengajar prinsip-prinsip Rukun Negara kepada anak-anak mereka.

Baginda yakin dengan cara ini anak-anak akan dapat memahami setiap prinsip Rukun Negara. Baginda juga turut menyeru agar kaum wanita supaya memperluaskan kegiatan mereka bagi menjamin kemajuan pada masa hadapan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Ogos 1971 – Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membentuk sebuah tabung derma bagi penubuhan Universiti Islam.
  • 26 Ogos 1972 – Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan projek pembinaan sebuah reaktor nuklear yang akan dibina di satu tapak tidak jauh dari Kuala Lumpur.
  • 26 Ogos 1982 – Switzerland menentang sikap ke arah perlindungan yang menyekat usaha perindustrian dan perdagangan di negara- negara membangun seperti Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya