Dr. Mahathir, "Bapa Moden Malaysia" - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir, “Bapa Moden Malaysia”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Nahar Shahabuddin memberi gelaran ‘Bapa Moden Malaysia‘  kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gelaran tersebut diberikan oleh Syed Nahar ketika berucap pada upacara perasmian Bangunan Tunku, Bangunan UMNO Kedah oleh Tun Dr. Mahathir. Gelaran tersebut adalah berdasarkan usaha-usaha Perdana Menteri menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 Ogos 1971 – Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Ghafar Baba hari ini mengumumkan satu kawasan tanah seluas
    10,000 ekar akan dibuka di Kedah dengan kos sebanyak RM10 juta.
  • 27 Ogos 1972 – Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia di Petaling Jaya akan diisytiharkan sebagai Institut Tadbiran
    Awam Negara (INTAN) mulai 1 September ini.
  • 27 Ogos 1975 – Satu kawasan seluas 72,000 ekar di Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor telah dijadikan projek ladang pine secara besar-
    besaran untuk bekalan bahan mentah perusahaan pulpa dan kertas negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya