Neraca sebagai simbol Barisan Nasional - Utusan Malaysia

Neraca sebagai simbol Barisan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak akan memperkenalkan buat pertama kalinya simbol untuk Barisan Nasional iaitu neraca di rapat umum Barisan Nasional.

Tun Abdul Razak akan memperkenalkan simbol tersebut dalam bentuk sehelai bendera di atas pentas yang dibina khas untuk rapat umum yang akan diadakan pada hari Rabu ini di Padang Negeri Sembilan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Julai 1971 – Kerajaan Kelantan telah memperuntukan sebanyak RM20,000 untuk membunuh tupai di negeri ini sebagai musuh utama kepada tanaman.
  • 9 Julai 1973 – Iraq akan membuka sebuah pejabat kedutaan di Kuala Lumpur bagi merapatkan lagi hubungan dua hala dan perdagangan dengan Malaysia.
  • 9 Julai 1974Sepp Maier diangkat sebagai penjaga gol terhandal di dunia setelah berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya yang menyaksikan Jerman Barat muncul juara Piala Dunia mengalahkan Holland 2-1 di Stadium Munich semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN