Malaysia beli 16 jet supersonic - Utusan Malaysia

Malaysia beli 16 jet supersonic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Julai 1972, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah memesan 16 buah kapal terbang supersonic jenis F-5E yang berharga RM64 juta daripada Amerika Syarikat (AS) dalam usaha melengkapkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan peralatan moden.

Pembelian kapal terbang yang mempunyai kelajuan hampir dua kali ganda daripada kelajuan suara itu (lebih 1,000 batu sejam) adalah ke arah pembentukan satu skuadron kapal terbang supersonic bagi TUDM menjelang 1975.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Julai 1972 – Beribu penonton merempuh sekatan polis dan kemudiannya memecahkan pagar Stadium Merdeka untuk masuk menyaksikan perlawanan Pesta Bola Merdeka antara Jepun dan Malaysia malam tadi.
  • 24 Julai 1979 – Malaysia mungkin memperoleh hak mendarat yang lebih panjang bagi Sistem Penerbangan Malysia (MAS) di London, kata Menteri Pengangkutan, Tan Sri V. Manickavasagam.
  • 24 Julai 1985 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) sedia menawarkan kepakaran dan bantuan teknikal kepada Republik Mali bagi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan keretapinya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya