Lipatan Sejarah: Banjir kilat melanda Gurun - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Banjir kilat melanda Gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Julai 1983, Utusan Malaysia melaporkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di pekan Gurun akibat paip penyambung saluran di dua buah loji bekalan air di Gurun dan Tupah pecah malam kelmarin seterusnya menjejaskan 181 buah keluarga.

Akibat banjir tersebut, kira-kira 40,000 penduduk di sekitar pekan Gurun terputus bekalan air bersih untuk kegunaan harian. Banjir kilat tersebut disifatkan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Julai 1971 – Iraq umum putuskan hubungan diplomatik dengan Jordan dan menutup sempadan antara kedua-dua negara.
  • 20 Julai 1979 – Sebilangan besar ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekom cawangan Johor Baharu keluar beramai-ramai dan berhenti daripada kesatuan kerana membantah tindakan pusat memberhentikan dua pemimpin mereka.
  • 20 Julai 1982 – Universiti Malaya berjaya menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Biologi Satu Pendekatan Dari Segi Fungsi‘ dalam usaha menambahkan bilangan buku teks dalam Bahasa Malaysia untuk kegunaan di sekolah-sekolah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya