Pusat pembekal dan pengedaran heroin dimusnahkan - Utusan Malaysia

Pusat pembekal dan pengedaran heroin dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pusat Biro Narkotik berjaya memusnahkan sebuah pusat serta satu cawangan pembekal dan pengedaran dadah, seterusnya memberkas seorang lelaki dipercayai ketua sebuah kumpulan pengedar heroin terbesar di Kuala Lumpur.

Serbuan yang dijalankan di Jalan Imbi dan Jalan Panggung telah memberkas seramai 30 orang, termasuk tiga wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun yang merupakan pelanggan mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 28 Jun 1974 – Hampir seribu orang askar dengan bantuan kereta perisai dan helikopter telah mengadakan kawalan ketat di sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow hari ini sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan gerila.
  • 28 Jun 1975 – Hampir semua bangunan kedai dan rumah kediaman di Kampung Baru, Bukit Tinggi, Bentong terpaksa dipindahkan kerana terlibat dengan pembinaan Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur.
  • 28 Jun 1976 – Pejabat Tanah Ulu Perak akan membuka seluas kira-kira 20,000 ekar hutan untuk dijadikan rancangan rakyat sepanjang Rancangan Malaysia Ketiga.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya