Pengalaman Malaysia jadi dorongan - Utusan Malaysia

Pengalaman Malaysia jadi dorongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan pengalaman Malaysia sehingga dapat menjalinkan hubungan diplomatik dengan China telah memberi dorongan kepada negara ASEAN yang lain bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Timbalan Menteri Luar Thai, Mejar Jeneral Chatichai Choonhavan memberitahu, kejayaan Malaysia memenangi persahabatan dengan sebuah kuasa besar seperti China telah menjadi teladan kepada negara membangun yang lain terutamanya yang berjiran.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Jun 1972 – Kerajaan Malaysia telah diminta untuk menghantar pakar tanaman padi ke Bangladesh untuk menolong memajukan penanaman padi di negara itu, kata Menteri Luar Bangladesh, Abdus Samad Azad.
  • 4 Jun 1976 – Filipina dan Soviet Union telah mengadakan hubungan diplomatik dalam satu upacara di Kremlin yang merupakan kemuncak lawatan seminggu Presiden Ferdinand Marcos ke Moscow.
  • 4 Jun 1977 – Kerajaan telah mengharamkan sebuah buku bertajuk “Message of Quran” di bawah akta kawalan buku-buku yang diimport 1958 (pindaan) 1972 kerana kandungannya didapati menyeleweng.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya