60,000 guru dapat faedah - Utusan Malaysia

60,000 guru dapat faedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Mei 1971, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan telah menerima syor-syor yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Aziz mengenai perkhidmatan guru-guru Malaysia Barat yang telah disemak semula dengan membuat beberapa pindaan.

Syor-syor yang terkandung dalam laporan awal semakan semula tersebut adalah berhubung dengan tangga gaji, kelayakan, kemasukan, cara pertukaran dan syarat-syarat perkhidmatan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Mei 1972 –
    Universiti Malaya (UM) memberi amaran keras terhadap golongan yang cuba mensabotajkan pelaksanaan dasar bahasa Malaysia di universiti itu.
  • 14 Mei 1973 –
    Sharley Cheong, 18, pelajar tingkatan lima Sekolah Perempuan Methodist dimahkotakan sebagai ‘Ratu Perak 73’ dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Ipoh.
  • 14 Mei 1974 –
    Perenang terkemuka Jepun, Shoichi Nakajima, 28, yang berjaya mencatat rekod menyeberangi Selat Dover pada 1973 akan berusaha buat pertama kalinya untuk berenang menyeberangi Selat Melaka bulan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya