Tan Sri Lee Siok Yew letak jawatan - Utusan Malaysia

Tan Sri Lee Siok Yew letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 31 Disember 1977, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan satu rombakan Kabinet akan diumumkan lantaran spekulasi bertiup kencang bahawa Tan Sri Lee Siok Yew meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sejak beliau menyertai kerajaan pada tahun 1964.

Ia berikutan sepucuk surat Perdana Menteri bertarikh 29 Disember yang memintanya meletakkan jawatan sebagai memenuhi pandangan dan keputusan pucuk pimpinan parti MCA.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 31 Disember 1968
    Persatuan Bumi Rata Antarabangsa berkata biarpun Apollo 8 menggambarkan bumi dan bulan sebagai bulat, mereka tetap berpendapat bumi ini rata.
  • 31 Disember 1970
    Keadaan banjir di Pahang masih mencemaskan namun beransur baik di Perak, Kelantan dan Terengganu.
  • 31 Disember 1979
    Sebanyak 119 buah koperasi telah ditubuhkan di rancangan FELDA di seluruh negara melibatkan 39,416 ahli.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya