Tuanku Bahiyah dilantik Canselor Universiti Malaya - Utusan Malaysia

Tuanku Bahiyah dilantik Canselor Universiti Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 30 September 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman menjadi Canselor Universiti Malaya (UM) dalam istiadat penuh gemilang.

Baginda menjadi wanita pertama memegang jawatan tersebut dan merupakan Canselor kedua Universiti Malaya selepas Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj (Perdana Menteri pertama Malaysia).

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 30 September 1974
    Pergerakan Angkatan Bersenjata yang memerintah Portugal mengumumkan menangkap 238 orang, termasuk tiga orang bekas menteri dan 15 pegawai tentera dalam gerakan terhadap penentang yang berhaluan kanan.
  • 30 September 1975
    Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba mengumumkan penubuhan pasukan petugas mengenai kemajuan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang.
  • 30 September 1977
    Datuk Mohamad Nasir secara rasmi disingkirkan daripada Pas setelah enggan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya