Daim dilantik Menteri Kewangan - Utusan Malaysia

Daim dilantik Menteri Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 Julai 1985, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Parlimen Kuala Muda, Daim Zainuddin dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baharu.

Beliau menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang ditukarkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Rombakan itu turut melibatkan pertukaran portfolio enam orang menteri, enam orang timbalan menteri, seorang setiausaha parlimen manakala dua orang timbalan menteri dan seorang setiausaha parlimen dinaikkan pangkat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 Julai 1972
    Penerbangan Malaysia- Singapura (MSA) akan menamatkan perkhidmatannya pada 30 September ini.
  • 15 Julai 1975
    Lembaga Urusan dan Tabung Haji menyediakan 19 penerbangan dengan MAS untuk membawa 3,500 bakal haji ke Mekah tahun ini.
  • 15 Julai 1982
    Kompleks berharga RM420 juta dirancang di tapak rumah pangsa Sulaiman Court di Jalan Raja Laut tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahanbahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya