Keputusan mengejutkan - Utusan Malaysia

Keputusan mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada pilihan raya umum 9 Mei 1969. Parti Perikatan berhadapan dengan keputusan mengejutkan. Ketika proses pengiraan memasuki pukul 7 pagi pada 11 Mei 1969, mereka hanya memenangi 73 kerusi Parlimen. Perikatan memerlukan 14 buah kerusi lagi untuk menubuhkan Kerajaan Pusat. Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Perlis, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Manakala Pulau Pinang telah jatuh ke tangan parti Gerakan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 11 Mei 1968
    Kapal perang TLDM, K.D. Hang Jebat sedang dalam pembinaan di Limbungan Kapal Yarrow. Glasgow, Scotland.
  • 11 Mei 1972
    Pelanggan telefon di Kajang sudah boleh membuat panggilan terus (STD) ke bandar-bandar di Malaysia Barat dan Singapura.
  • 11 Mei 1977
    Kinabalu International Hotel dengan kemudahan 350 bilik bertaraf antarabangsa dibuka dengan rasminya oleh TPM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya