fbpx

Eksport pertama Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 4 Mei 1978, Petronas mengumumkan eksport minyak mentahnya yang pertama dari telaga Pulau dan Tapis di perairan Terengganu.

Minyak mentah sebanyak 58,000 tan yang bersamaan dengan 460,000 tong dieksport ke Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) menggunakan sebuah kapal minyak Spyros.

Eksport tersebut tertakluk di bawah perjanjian ditandatangani dengan Pecten Co. dari AS bahawa Petronas bersetuju membekalkan 10,000 tong minyak mentah sehari selama setahun kepada negara itu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 4 Mei 1969
    Malaysia akan melatih 20 orang anggota TUDM bagi mengendali kapal terbang jenis Caribou.
  • 4 Mei 1975
    Kekecohan perlawanan bola sepak antara Perak dan Kelantan melibatkan 5,000 penonton di tengah padang Stadium Sultan Mohammad disifatkan terburuk sepanjang pertandingan Piala Malaysia tahun ini.
  • 4 Mei 1979
    Perdana Menteri Tun Hussein Onn memulakan lawatan rasmi selama lapan hari ke China.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

×
×