Universiti Pulau Pinang dinamakan Universiti Sains Malaysia - Utusan Malaysia

Universiti Pulau Pinang dinamakan Universiti Sains Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 23 April 1972, Universiti Pulau Pinang secara rasmi dikenali dengan nama Universiti Sains Malaysia. Ia dipilih daripada 12 nama lain yang dicadangkan berdasarkan kepada sejarah, tempat, nama tokoh dan keluarga diraja serta tugas-tugas universiti di negara ini.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Hamzah Sendut, nama tersebut sejajar dengan peranan universiti itu mengumpul dan menyebarkan pengetahuan sains.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 23 April 1974
    ITM ditutup buat sementara mulai hari ini berikutan peristiwa tidak diingini oleh sebilangan penuntut di dalam dan luar kampus.
  • 23 April 1975
    Seramai 625 orang pelarian Khmer mendarat dengan tiga buah kapal peronda Tentera Laut Khmer di Pengkalan Kubur, Kelantan.
  • 23 April 1978
    Kadar pembacaan perkapita penduduk Malaysia kurang daripada satu muka surat setahun berbanding kadar pembacaan sepatutnya bagi negara membangun iaitu 80 muka surat setahun.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya