Tengku Abdullah pemangku raja termuda - Utusan Malaysia

Tengku Abdullah pemangku raja termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 18 April 1979, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang dalam istiadat di Balai Menghadap Istana Abu Bakar, Pekan. Pemasyhuran itu menjadikan Tengku Abdullah sebagai pemangku raja termuda dalam sejarah negara.

Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang selepas Sultan Ahmad Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong ketika itu menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong berikutan kemangkatan mengejut Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Yahya Petra pada 29 Mac.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 18 April 1970
    Kapal angkasa Amerika Syarikat (AS), Apollo 13 dijadual mendarat di Lautan Pasifik.
  • 18 April 1971
    Omar Saad dari Polis Diraja Malaysia cipta rekod baharu Asia dalam acara 1,600 meter pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Kebangsaan di Stadium Merdeka dengan catatan masa 2 minit 25 saat.
  • 18 April 1974
    Pemegang ijazah am dalam perkhidmatan awam akan mendapat gaji permulaan RM640 berbanding RM560 dan gaji maksimum RM1,000 sebelum ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya