Perasmian Wisma Radio - Utusan Malaysia

Perasmian Wisma Radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 12 Mac 1973, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak merasmikan pembukaan Wisma Radio di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Berucap ketika perasmian bangunan bernilai RM13.9 juta tersebut, Perdana Menteri menegaskan bahawa radio ‘bukanlah untuk memberi hiburan semata-mata’.
Beliau menggesa Radio Malaysia melipatgandakan usaha menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai dasar kerajaan dan projek- projek untuk memberi rakyat kehidupan yang lebih baik.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 12 MAC 1973
    Tempahan ruang perniagaan di Kompleks Pertama Kuala Lumpur yang sedang dalam pembinaan, diiklankan.
  • 12 MAC 1977
    Perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Haadyai dijangka dilancarkan pada April 1977.
  • 12 MAC 1980
    Empat pemain yang digugurkan dari skuad utama bola sepak Malaysia diserapkan ke pasukan ‘Malaysia B’ bagi menghadapi Kejohanan Piala Presiden di Bangladesh pada 26 Mac.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya