Waktu siaran lima stesen radio daerah kendalian RTM diselaras - Utusan Malaysia

Waktu siaran lima stesen radio daerah kendalian RTM diselaras

PENGERUSI Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal (dua, kiri) dan Suhaimi Sulaiman (dua, kanan) melepaskan kira-kira 12 ekor burung merpati sebagai simbolik penutup Sambutan Hari Radio Sedunia di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lima saluran stesen radio daerah di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan diselaraskan waktu penyiarannya bermula hari ini.

Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman, penyeragaman itu sebagai usaha memberi mutu perkhidmatan terbaik dalam menyampaikan informasi seiring konsep Malaysia Madani.

Menurutnya, ia membabitkan siaran radio di Sabah, Sarawak, kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Stesen radio terbabit ialah TawauFm, SandakanFm, KeningauFm, LabuanFm dan LangkawiFm yang sebelum ini memulakan siaran pukul 7 pagi. Ini bermakna siaran tempatan semua stesen diselaraskan bermula pukul 6 pagi hingga 7 malam.

“Masa siaran KeningauFm pula dilanjutkan selama dua jam iaitu dari 5 petang hingga 7 malam, berbanding sebelum ini siarannya bermula 7 pagi hingga pukul 5 petang,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (Kompsas) di sini.

Tema yang diangkat pada sambutan kali ini, “Radio dan Keamanan” yang menjelaskan sumbangan dan peranan radio dalam menyebarkan mesej yang lebih luas kepada masyarakat.

Pada majlis itu turut dilepaskan 12 ekor merpati simbolik sebagai Sambutan Hari Radio Sedunia yang mula diperkenalkan pada 2011.

Suhaimi berkata, usaha tersebut dilakukan demi memberikan maklumat terkini, sahih dan hiburan kepada pendengar setia khususnya masyarakat tempatan secara gratis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya