Batalion Ke-8 RAMD terima panji-panji - Utusan Malaysia

Batalion Ke-8 RAMD terima panji-panji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 26 Mac 1968, Batalion Ke-8 Askar Melayu Diraja (RAMD) mencatat sejarah apabila dikurniakan panji-panji yang menjadi lambang kemegahan setiap pasukan dalam angkatan bersenjata.

Upacara penyerahan panji-panji di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Malaysia.

Panji-panji yang beta serahkan ini adalah lambang kemegahan pasukan dan setinggi-tinggi akuan daripada beta.”

Baginda menyeru batalion tersebut mejaga panji-panji pasukan walaupun terpaksa bergadai nyawa seperti mana mempertahankan kedaulatan negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 26 Mac 1968
    Kajian pembinaan jalan raya Kuantan-Segamat oleh sekumpulan pakar pengangkutan umum Bangsa- Bangsa Bersatu.
  • 26 Mac 1974
    Seramai 94 hippies warga asing yang berkunjung ke Batu Feringgi, Pulau Pinang diperintah meninggalkan Malaysia.
  • 26 Mac 1977
    Kompleks beli-belah Sungai Wang Plaza dibina membabitkan kerjasama antara Sungai Wang Plaza Sdn. Bhd. dengan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN