Sokongan Palestin perlu diterjemah ke arah penubuhan negara merdeka - Utusan Malaysia

Sokongan Palestin perlu diterjemah ke arah penubuhan negara merdeka

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Momentum sokongan antarabangsa terhadap Palestin yang semakin kukuh perlu diterjemahkan kepada tindakan konkrit bagi merealisasikan penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pengiktirafan oleh 160 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencerminkan peningkatan sokongan politik dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Sokongan politik untuk penubuhan Negara Palestin yang bebas dan merdeka semakin kukuh dan kini 160 Negara Anggota PBB telah mengiktiraf Negara Palestin.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Momentum antarabangsa kini semakin memihak kepada keadilan untuk rakyat Palestin. Namun, momentum ini mesti diterjemahkan kepada tindakan nyata.   

“Malaysia akan terus berada di barisan hadapan bersama negara-negara sepemikiran, memanfaatkan setiap platform serantau dan antarabangsa yang ada sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman, bermaruah dan merdeka di sebuah negara Palestin yang berdaulat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) berhubung peranan akan diambil oleh Malaysia di peringkat PBB dan WTO bagi menangani kesan pencerobohan Israel ke atas laluan maritim serta desakan mengenai perdagangan adil, selain daripada kenyataan dan kecaman lisan.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol dan Sweden dilaporkan mengenakan sekatan yang menyasarkan perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Sehubungan itu, Malaysia akan terus memanfaatkan platform serantau dan antarabangsa bagi memperkukuh tekanan terhadap isu berkenaan serta mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Malaysia akan terus berada di barisan hadapan bersama negara-negara sepemikiran, memanfaatkan setiap platform serantau dan antarabangsa yang ada, sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman, bermaruah dan merdeka di sebuah Negara Palestin yang berdaulat,” katanya. –UTUSAN

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini