PKR hormati hak Sabah - Utusan Malaysia

PKR hormati hak Sabah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR menghormati hak Sabah yang memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan baharu.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses pembentukan kerajaan negeri diharap dapat diurus dengan baik dan dalam masa sama merakamkan ucapan penghargaan kepada gabungan Warisan Plus.

“PKR menghormati keputusan yang dibuat rakyat Sabah. Pada masa yang sama, PKR berharap proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.

“Tahniah kepada rakan-rakan Warisan Plus, khususnya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP memenangi enam kerusi dan UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) berjaya memenangi satu kerusi,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam berpihak kepada GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS memenangi 38 kerusi DUN, manakala Warisan Plus (Warisan, DAP, Amanah, UPKO dan PKR) memperoleh 32 kerusi DUN.

Sementara baki tiga kerusi DUN Sabah dimenangi calon bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.