Rebut pengalaman menarik tinggal di kediaman Shrek - Utusan Malaysia

Rebut pengalaman menarik tinggal di kediaman Shrek

KEDIAMAN Shrek kini tersedia untuk disewa di Airbnb. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUMAH tumpangan percutian yang terletak di kawasan paya berlumpur diliputi lumut dan air keruh biasanya tidak mendapat permintaan ramai.
Tetapi berbeza dengan penyenaraian syarikat hospitaliti global, Airbnb baru-baru ini di Tanah Tinggi Scotland.
Kawasan itu merupakan lokasi rekreasi rumah ‘Shrek’, watak raksasa yang disayangi menerusi filem keluaran DreamWorks Animation.
‘Paya Shrek’ terletak di pekarangan Estet Ardverikie, sebuah rumah agam Scotland abad ke-19 di Tanah Tinggi Scotland, kira-kira 96.56 kilometer di selatan bandar Inverness.
Dalam promosi khas Airbnb, pelancong dijemput untuk mendaftar jika berminat menginap di kawasan kediaman unik yang boleh memuatkan sehingga tiga tetamu berumur lima tahun ke atas mulai 13 Oktober ini.
Hanya satu kumpulan bertuah yang akan dipilih untuk mendapatkan penginapan istimewa selama dua malam pada tarikh 27 hingga 29 Oktober ini.
Walaupun pelancong perlu mengatur perjalanan mereka sendiri ke lokasi berkenaan, persinggahan mereka di rumah Shrek tersebut akan disediakan secara percuma.
Pelancong boleh mengharapkan rekreasi yang menarik dan unik seakan berkelah di dalam hutan ketika menginap di kediaman Shrek yang sederhana dan berpaya.
Mereka yang terpilih dapat merasa pengalaman menjadi Shrek sebenar yang tinggal dalam rumah dihiasi perabot kayu, aksesori batang pokok di persekitaran hutan dengan bilik mandi terletak 20 meter dari bangunan utama.
Kawasan berdekatan juga menawarkan banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan termasuk lokasi tasik jernih Loch Laggan yang menakjubkan.

Kediaman itu juga dikelilingi bukit yang menjulang tinggi serta keindahan hidupan liar Taman Negara Cairngorms.
Lokasi percutian menarik itu dibuka buat pertama kali selepas lebih dua dekad filem Shrek menemui peminat dan memenangi Anugerah Akademi untuk Ciri Animasi Terbaik pada tahun 2002.
Bagi peminat Shrek yang tidak mendapat tempat di paya itu, mereka boleh menyertai pengembaraan Shrek di London.
Lokasi berkenaan menyediakan tarikan pelancong mengasyikkan bertemakan filem itu di South Bank, berdekatan dengan London Eye dan akuarium bandar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya