fbpx

Kekalkan tradisi, MAFI edar 1,500 bekas bubur lambuk

Timbalan Ketua Setiausaha MAFI merangkap Presiden Kelab MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd (kiri) hadir memeriahkan majlis agihan Bubur Lambuk kepada warga MAFI, semalam.

PETALING JAYA: Mengekalkan amalan tradisi tahunan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sekali lagi berjaya menganjurkan program agihan bubur lambuk semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha MAFI merangkap Presiden Kelab MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, pihaknya cuba untuk mengekalkan tradisi itu dan berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju endemik selain mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Program Agihan Bubur Lambuk pada tahun ini merupakan suatu program anjuran Kelab MAFI dan Puspanita dengan kerjasama Agrobank dan CommerceDotCom.

“Dijangkakan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk telah sedia untuk diagihkan kepada warga MAFI, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Mengulas lanjut berkaitan juadah simbolik Ramadan itu, beliau memberitahu, cara masakan di setiap negeri adalah berbeza dan merupakan salah satu keunikan dalam Keluarga Malaysia.

“Bubur lambuk juga diangkat sebagai simbolik Ramadhan kerana pengzahiran amalan pengagihan bubur lambuk ini dilaksanakan di seluruh Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Saya berharap penganjuran program seperti ini boleh menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga kerja MAFI,” tambahnya lagi. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN