Kementerian bincang harga siling baharu ayam esok - Utusan Malaysia

Kementerian bincang harga siling baharu ayam esok

 RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) termasuk pemain-pemain industri penternakan bagi membincangkan isu berkaitan dengan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ia susulan keputusan kerajaan supaya harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Kata beliau, keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperoleh dengan harga kawalan yang berpatutan.

“Bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan ini dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.

“Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan bersidang pada Isnin ini bagi terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ronald berkata, kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.