SEKALI pandang, mungkin tidak ramai yang tahu nama menu ini.
Namun, sebaik sahaja dirasa, gabungan rasa masam, manis dan pedasnya terus mencuri perhatian.
Itik sio atau itik masak berempah merupakan antara hidangan tradisi popular masyarakat Cina Peranakan terutama di Melaka.
Ia sering dihidangkan ketika majlis-majlis penting dan istimewa.
Bahan-bahan:
-1 ekor itik
-20 gram serbuk ketumbar
-5 gram serbuk kayu manis
-150 gram bawang merah (dikisar halus)
-1.5 mililiter air
-200 gram asam jawa (dibancuh dengan air)
-10 gram garam
-90 gram gula
-100 gram serbuk lada
-kicap hitam 1/2 sudu besar
Cara penyediaan:
-Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan gaul rata
-Kemudian masukkan air asam jawa
-Masak itik secara perlahan sehingga lembut










