Sweet Peachier, realisasi kulit mulus tanpa bulu roma - Utusan Malaysia

Sweet Peachier, realisasi kulit mulus tanpa bulu roma

Peranti pintar menggunakan teknologi IPL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bulu roma lebih kasar dan ketara antara perubahan biologi sewaktu menginjak ke usia remaja. Dalam kalangan budak lelaki, pertumbuhan bulu roma di anggap suatu bonus kerana melambangkan kelakian.

Sebaliknya bagi wanita. Perubahan bulu roma halus bertukar kepada lebih gelap dan kasar, bukanlah suatu kebanggan.

Ia boleh mengundang rasa kurang selesa, malah kalau keterlaluan seperti ditumbuhi misai, sudah pasti ia menjejaskan keyakinan.

Rutin ‘bercukur’ itu tidak menyeronokkan! Menggunakan pencukur juga kurang berkesan kerana ia hanya memotong bahagian atas folikel dan tidak sampai ke akar.

Belum sampai tiga hari, bulu roma akan kembali muncul. Peranti SweetPeachier menggunakan Intense Pulse Light IPL mungkin menjadi pilihan anda kalau bosan bercukur setiap minggu.

Ia menyasarkan melanin pada folikel rambut dan menghilangkan pertumbuhan rambut pada bahagian tidak diingini.

Produk tempatan ini diasaskan Kon Fa Rong dan Yap Yuen Yi pada 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) lalu.

Semangat keusahawanan dan mendapatkan kebebasan kewangan, mendorong mereka membiayai sendiri perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM5,000.

Menariknya ia sudah terjual lebih 3,000 unit. Ada dua pilihan Sweet Peachier Premium IPL Laser Hair Removal Handset dan Sweet Peachier yang dijual pada harga RM430 dan RM530.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN