Sakan beraya dengan Nurraysa - Utusan Malaysia

Sakan beraya dengan Nurraysa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menjelang Syawal yang bakal diraikan tak lama lagi, Nurraysa.com kembali menghangatkan kemeriahan beraya dengan koleksi Hot Set atau Set Panasnya.

Ia menampilkan dua rangkaian produk termasuk Glowing DD Moist Cake (DDMC) antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.

Produk itu digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula dan diberi nama sebagai Hot Set (Set Panas) kerana antara produk mesra wuduk paling laris sejak dikeluarkan pada tahun 2015.

Khusus buat golongan wanita yang mahu tampil berseri dan yakin di musim raya, set  itu mampu membangkitkan mood selepas dua tahun tidak boleh beraya sakan kerana pandemik Covid-19.

Pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli berkata mereka tidak mahu ketinggalan menyuntik semangat keterujaan menikmati lebaran tahun ini.

Pengasas Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli

“Biarpun kedua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun di pasaran, ia antara yang terus laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak di pasaran pada tahun 2015.

“Kami mahu Syawal kali ini diraikan dengan bermakna dan penuh kesyukuran sekali gus pilihan semua wanita. Ia alat solekan mesra wuduk yang sah solat. Bahkan boleh dibawa solat di pagi raya. Ia set solekan kami gelar sebagai Halal Raya tanpa ragu-ragu. Yang tak pandai bersolek pun boleh jadi arif.

“Tentunya ia tidak merosakkan kulit, bersolek sepantas lima minit, kulit berseri dalam lima saat, mudah ditanggalkan. Ia juga dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya akan lebih sempurna dan praktikal tanpa menggunakan masa lama dengan set panas ini,” katanya.

Tambah Nur Aini, Glowing DD Moist Cake merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.

“Ia dihadirkan dengan dua tona warna, kulit tidak bercapuk dan berminyak walaupun dibawah terik matahari. Kandungan dalamnya sendiri diperkayakan minyak Marula kaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan. Tak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba. Ia juga bersifat ‘noncomedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang pori.

“Manakala Magic Lipstick tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir yang kerap memakai lipstik setiap hari. Malah, ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan ia sentiasa segar serta cantik dengan senyuman.

Jenama ini juga dipercayai ramai golongan artis dan pempengaruh yang sudah mencubanya.

“Antaranya Zulin Aziz, Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Zara Zya, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman dan Datin Diyana Halik (isteri Datuk Aaron Aziz).

“Lebih 30 pempengaruh juga sudah menggunakannya dan mengesyorkan ramai memilih set panas ini. Kita mahu membantu lebih ramai wanita menginginkan set solekan asas yang sah solat dan mudah ditanggalkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.