4,535 graduan UMP bakal dirai dalam MKK17 mulai Sabtu ini - Utusan Malaysia

4,535 graduan UMP bakal dirai dalam MKK17 mulai Sabtu ini

YUSERRIE Zainuddin (tengah) beramah mesra dengan graduan selepas memperkenalkan penerima anugerah dan hadiah kecemerlangan Majlis Konvokesyen Ke-17 UMP di UMP Kampus Gambang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUANTAN: Seramai 4,535 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen Ke-17 UMP bermula 5 hingga 8 November ini di UMP Kampus Gambang atau kini dikenali sebagai UMP Paya Besar.
Graduan terdiri daripada graduan doktor falsafah (66) dan sarjana (185), graduan sarjana muda (2,509) dan diploma (556) serta graduan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di UMP Advanced (1,219) menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Daripada jumlah tersebut, seramai 90 orang adalah graduan antarabangsa yang terdiri dari 17 buah negara.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dr. Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor akan menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 199 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran termasuk 14 anugerah dan hadiah kecemerlangan bersempena majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada sesi pertama.
“Seramai 832 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran termasuk 43 penerima anugerah dan hadiah kecemerlangan pada sesi kedua menjadikan seramai 1,031 graduan pada hari pertama (5 November) Majlis Konvokesyen Ke-17.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 35 orang graduan menerima dua ijazah dalam program Dual Ijazah UMP-HKA hasil kerjasama UMP dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) Jerman yang kini memasuki tahun ke-12 dengan memfokuskan bidang Kejuruteraan Automatif dan Kejuruteraan Mekatronik.
“Manakala dengan Hochschule Reutlingen (HsRT) bagi bidang Kejuruteraan Perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar Memperkenalkan Graduan UMP yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMP Paya Besar di sini hari ini.
Yuserrie turut berkongsi kejayaan universiti itu di peringkat global apabila Best Global Universities Ranking 2022-2023 oleh U.S.News & World Report menyenaraikan lima subjek UMP terbaik dunia iaitu Subjek Tenaga dan Bahan Api (161), Kejuruteraan Kimia (201), Kejuruteraan (256), Sains Bahan (634) dan Kimia (637).
Secara keseluruhannya, UMP berada di tangga #922 bagi penarafan tahun 2022 hingga 2023 dan bagi kedudukan di Asia, UMP berada di tangga #269 serta di kedudukan #8 di Malaysia.
Selain itu juga, seramai 22 penyelidik UMP tersenarai dua peratus saintis terbaik dunia bagi dua kategori pencapaian.
Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh penyelidik tersenarai bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya dan seramai 21 penyelidik UMP tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun.
Pengiktirafan ini merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya