UPM rai 328 graduan pertanian

UPM rai 328 graduan pertanian Majlis Konvokesyen Ke-47

Naib Censelor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah beramah mesra bersama penerima Hadiah Universiti Prasiswazah dan Siswazah Sesi 2022/2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 328 graduan pelbagai program pertanian diraikan pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-47 Sidang 2 Tahun 2023 pada 25 November hingga 30 November ini di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM berkata, jumlah itu sebahagian daripada 6,051 graduan pelbagai program pengajian yang akan menerima ijazah dan diploma masing-masing iaitu Ijazah Doktor Falsafah (PhD) seramai 520, Ijazah Sarjana (1,532) ijazah (3,988) dan Diploma (11).

“Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Penerima Ijazah Kehormat Doktor Kewangan kepada Tan Sri Azman Hashim serta Pengurniaan Gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin; Datuk Dr. Abu Bakar Salleh dan Profesor Emeritus (Anumerta) kepada Allahyarham Datuk Dr. Yaakob Che Man pada sesi pertama (25 November),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, majlis pengurniaan ijazah sebanyak enam sesi selama enam hari itu akan turut disempurnakan tiga Pro Canselor UPM iaitu Raja Muda
Selangor, Tengku Amir Shah pada sesi ketiga (27 November); Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim pada sesi kedua (26 November) dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie pada sesi keempat (28 November), sesi kelima (29 November) dan sesi ketujuh (30 November). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya