Yayasan UMP hulur bantuan untuk penuntut - Utusan Malaysia

Yayasan UMP hulur bantuan untuk penuntut

MD. SHARIF SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyediakan insentif bantuan bagi membantu meringankan beban penuntutnya yang terkesan akibat penangguhan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan.

Bantuan itu meliputi penuntut yang telah berada di kampus atau belum kembali namun terpaksa membatalkan tiket pengangkutan atau logistik mahupun yang terpaksa berpatah balik ketika  dalam perjalanan ke universiti berkenaan.

Pengerusi Yayasan UMP, Datuk Seri Md. Sharif Shamsuddin berkata, pada masa ini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat daripada penuntut yang terkesan akibat pengumuman tersebut melalui pautan yang akan dihebahkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). 

Tambahnya, Yayasan UMP juga membuka permohonan zakat dan bantuan sara hidup bagi menampung keperluan sepanjang tempoh semester baharu yang akan bermula pertengahan Oktober ini. 

“Selain itu, penuntut yang berada di kampus boleh mendapatkan barangan keperluan diri dan makanan secara percuma di ‘Campus Pantry‘ yang terdapat di kampus di Pekan dan Gambang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yayasan UMP yang dahulu dikenali sebagai MyGift UMP ditubuhkan sejak Oktober 2016 bertujuan mengumpul dana untuk kebajikan dengan membiayai program pendidikan, kemasyarakatan serta penyediaan kemudahan pembelajaran tambahan bagi penuntut dan universiti.

Sehingga kini, Yayasan UMP telah mengagihkan lebih RM9 juta kepada 70,464 penerima manfaat termasuk penuntut cemerlang UMP, pelajar miskin, asnaf, golongan B40, penuntut antarabangsa, komuniti setempat dan golongan memerlukan.

Baru-baru ini, UMP mengumumkan penangguhan semua penuntut baharu dan penuntut kanan yang dijadualkan akan masuk di kedua-dua kampus IPT berkenaan di Pekan dan Gambang.  

Keputusan itu dibuat dengan merujuk kenyataan akhbar Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 2 Oktober lalu tentang Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal atau Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020.

Penuntut yang terlibat boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana UMP di talian 09-5493333 (UMP Gambang) atau 09-4246999 (UMP Pekan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.