BAYI menyusu badan memiliki rahang cantik dan gigi tersusun rapi berbanding menyusu menerusi botol.
Keadah menyusu dapat merangsang pembentukan rahang, otot muka dan gigi si manja.
Dr. Siti Maisarah berseloroh, kalau daripada awal ibu-ibu tahu mengenai fakta itu, pasti ramai yang berlumba-lumba mahu menyusukan bayi masingmasing.
Justeru, tidak hairanlah bayi menyusu badan kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding yang minum susu formula.
“Seorang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di luar negara berkongsi penemuan yang kebanyakan pesakit bermasalah gangguan tidur rupa-rupanya tidak minum susu badan.
“Ia berikutan keadaan otot dan rahang yang tidak terbentuk cantik,” katanya.
Selain itu, katanya. susu ibu juga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan anak. Malah keistimewaan tersebut tidak boleh diperolehi dengan susu formula.










