20 muka surat berserta bukti termasuk rakaman video, tiada satu pun cerita ditokok tambah - Puteri Balqis - Utusan Malaysia

20 muka surat berserta bukti termasuk rakaman video, tiada satu pun cerita ditokok tambah – Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Balqis mendakwa mempunyai dokumen dan rakaman video bagi menyokong dakwaan salah laku yang dibangkitkannya sebelum ini, sekali gus menegaskan tiada perkara yang direka dalam pendedahannya.

Puteri Balqis atau Aqish, 19, berkata, bukti berkenaan merangkumi dokumen setebal 20 muka surat dan rakaman video, manakala proses berkaitan isu itu masih berlangsung.

“20 muka surat berserta bukti, termasuk rakaman video. Tak ada satu pun cerita yang ditokok tambah. Proses masih berjalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begini rupanya berat yang perlu ditanggung bila bersuara tentang perkara benar.

“Semoga kebenaran mendapat tempat, pada waktu yang paling tepat. Semoga doa kami didengar. Dan yang menyembunyikan akhirnya mendapat balasan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Terdahulu, Aqish menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pelakon lelaki yang didakwa sengaja melakukan perbuatan bergesel dengannya ketika menjayakan babak lakonan.

Bagaimanapun, pelakon, Zarif Ghazzi menafikan dakwaan berkenaan menerusi kenyataan di Instagram, selain membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu, syarikat produksi, Global Film Station Sdn. Bhd. menerusi kenyataan rasmi semalam memaklumkan kesediaannya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu yang membabitkan Puteri Balqis dan Zarif Ghazzi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini