Siti Nurhaliza tiba beri penghormatan terakhir buat Tun Dr Siti Hasmah - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza tiba beri penghormatan terakhir buat Tun Dr Siti Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat sugul ketika hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Siti turut dilihat gagal menahan sebak ketika mahu mengucup jenazah Tun Siti Hasmah yang kini sudah berada di kediamannya di Seri Kembangan.

Menerusi hantaran sama, turut terlihat sosok bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu sugul dan setia berada di sisi isteri tercinta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan pemergian figura politik yang disegani masyarakat itu.

Hari ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Tun Dr Siti Hasmah yang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pada 9.20 pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh anakanda bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×